Monday, August 5, 2013

5 Cara Untuk Cari Duit Online Paling Popular

Cari Duit Online

Adakah anda masih tercari-cari cara bagaimana untuk mencari duit secara online? Dibawah ini saya senaraikan 5 cara yang paling popular untuk mencari duit online yang masih, sedang dan akan terus digunakan oleh mereka yang telah berjaya dalam perniagaan dan pemasaran internet.

1) Adsense

Apa itu Adsense? Mungkin ramai yang telah mengetahui tentang Adsense. Ia bukanlah sesuatu yang asing lagi hari ini. Kepada yang tidak tahu, Adsense adalah program pengiklanan yang mana pemilik blog/site akan meletakkan script di dalam blog/site mereka. Beberapa iklan kemudiannya akan muncul di blog/site mereka. Iklan yang akan muncul berbentuk banner atau link bergantung kepada isi kandungan blog/site dan setting yang mereka lakukan. Setiap iklan mempunyai nilainya tersendiri, nilai itu akan dikreditkan ke dalam akaun Adsense pemilik blog/site setiap kali ada pengunjung blog/site yang meng klik iklan tersebut. Untuk permulaan biasanya google hanya akan memberikan iklan yang bernilai sekitar 0.02-0.12 USD untuk setiap iklan. Maklumat terperinci boleh di baca di google.com/adsense.

Cari Duit Online
Contoh Adsense

Jika anda tidak mempunyai blog/site atau blog/site anda tidak ramai pengunjung, anda boleh cuba cara ke-2…

2) Menyediakan Perkhidmatan

Terdapat ratusan perkhidmatan yang boleh disediakan secara online, dan perkhidmatan ini sangat aktif urusannya di internet. Penyedia perkhidmatan biasanya mencari pelanggan dengan malakukan pengiklanan atau mendaftar di site seperti odesk.com. Antara perkhidmatan yang boleh menjana pendapatan secara online adalah membuat banner, membuat video untuk tujuan review, menulis artikel, menulis kandungan untuk blog/site, SEO, perkhidmatan pengiklanan, online data entry, khidmat membuat website dan banyak lagi. Kesimpulannya, anda perlu mempunyai kemahiran dan kepakaran untuk memilih bidang ini sebagai cara untuk mencari duit secara online.

3) Online Survey

Online survey adalah satu lagi peluang untuk mencari duit online. Terdapat banyak syarikat-syarikat besar diluar sana yang mengkaji pengguna dengan maklumat seperti apa yang umumnya dibeli oleh pengguna, yang paling digemari pengguna dan sebagainya untuk memberikan idea kepada mereka dalam penghasilan produk. Ada juga yang mahu mengetahui pendapat pembeli tentang produk syarikat mereka, supaya mereka boleh memperbaiki dan menambah baik produk mereka seterusnya meningkatkan kualiti produk dan semestinya untuk meningkatkan hasil penjualan. Mereka sememangnya sanggup membayar untuk mendapatkan maklumat-maklumat tersebut. Tetapi anda haruslah terlebih dahulu menepati ciri-ciri pengguna yang mereka cari sebelum mendapat tawaran survey. Sebagai contoh, anda akan mendapat tawaran oleh syarikat penerbangan sekiranya anda jenis yang suka melancong. Ciri-ciri ini anda diketahui melalui profile anda semasa mendaftar sebagai ahli.

4) Jual Barang Fizikal

Jika anda menghasil produk sendiri atau berupaya untuk mendapatkan produk lain dengan harga kilang, anda berpeluang untuk manjana duit dengan menjualnya secara online. Bayaran biasanya diterima secara bank-in, dan produk akan dihantar secara pos, bergantung kepada anda. Ada juga penjual yang menyediakan khidmat COD (cash on delivery), dimana jual beli dilakukan di tempat yang ditentukan atau terus ke rumah. Berikut adalah beberapa site yang popular digunakan di Malaysia bagi tujuan ini.

1) mudah.my
2) ebay.com.my
3) lelong.com.my

Walaubagaimanapun, jika anda tidak mempunyai produk untuk dijual, saya sangat galakkan anda untuk mencuba program affliate. Kenapa?

5) Affiliate Program

Kenapa Affiliate? kerana untuk menjana pendapatan melalui program ini, anda tidak perlu mempunyai produk sendiri, anda tidak perlu mempunyai apa-apa ciri yang dicari, anda tidak perlu kepakaran yang tinggi untuk bermula dan anda tidak perlu membuat blog/site, hosting dan domain kerana semuanya telah disediakan. Anda cuma perlu melakukan promosi dan mendapat hasil tanpa henti setelah proses berjalan dengan baik. Terdapat ribuan program affiliate diserata dunia, dari produk elektonik hinggalah ke produk fizikal. Di Malaysia, ramai yang umumnya telah memahami dan menyertai program ini tetapi ramai juga yang gagal kerana ada diantara program seperti ini ditutup secara tiba-tiba bersama hasil anda yang terkumpul yang belum sempat di withdraw. Sebelum menyertai sesuatu program affiliate pastikan anda membaca maklumat tentangnya secara terperinci dan pastikan ianya berdaftar dengan SSM sebelum menyertai program tersebut, jika tidak sia-sialah usaha anda suatu hari nanti. Cara mudah untuk mengenal pasti adalah dengan melakukan carian di google dengan menyambung nama program atau site affiliate dengan "penipuan", "rugi", "tipu" dan sebagainya. Contohnya jika program tersebut menggunakan nama "untungaffiliate.com", maka carian keyword anda adalah "penipuan untungaffiliate". Saya sendiri menyertai program affiliate dan pernah juga tertipu sebelum ini. Oleh sebab itu, saya lebih berhati-hati jika menyertai atau memperkenalkan mana-mana program affiliate.

Baiklah, saya rasa cukup dulu setakat ini, saya akan kongsikan lagi tentang tips dan cara-cara untuk cari duit online di dalam pos yang lain.

Ringgit Blaster - Sebuah Program Affiliate Yang Berdaftar - Lesen SSM 002227294-A

0 comments:

Post a Comment

Segala komen dan pertanyaan adalah dialu-alukan. Terima Kasih